IKIM Anjur Muzakarah Pakar : Terapi Psikospiritual Islam

KUALA LUMPUR, 20 April – Pendekatan kerohanian melalui bacaan ayat-ayat suci al-quran adalah terapi psikospiritual yang telah lama wujud dalam rawatan perubatan Islam terhadap pesakit mental atau kejiwaan.

Walaupun tidak ada data yang sistematik bahawa terapi psikospiritual Islam sebagai pendekatan ideal dalam memulihkan seseorang pesakit, namun ada dapatan yang menunjukkan ianya sebagai satu pendekatan alternatif.

Namun demikian, Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia IKIM, Datuk Dr. Azizan Baharudin semasa berucap merasmikan Muzakarah Pakar Terapi psikospritual Islam, di Dewan Besar IKIM, kuala Lumpur berkata bagi membuktikan terapi psikospiritual mampu memulihkan gangguan emosi, kebimbangan dan kemurungan, perlu dilakukan lebih banyak kajian secara saintifik terhadap amalan dan praktis menerusi pendekatan tersebut.

Dalam pada itu beliau turut berkata penerokaan tentang peranan psikospiritual Islam perlu dilakukan segera berikutan data unjuran 4.2 juta rakyat malaysia yang berusia 16 tahun ke atas kini berdepan dengan isu kesihatan mental yang membimbangkan jika tidak ditangani secara berkesan.

Pada sesi muzakarah tersebut seramai lima orang panel telah pembentangkan kertas kerja masing-masing yang meliputi pelbagai aspek pemulihan dan modul terapi psikospritual Islam.

Antaranya ialah Fellow Pusat Emas IKIM yang merupakan Penyelaras Muzakarah tersebut, Khairul Azhar Idris ketika mengulas objektif penganjuran Muzakrah sehari itu berkata dijangkakan pada tahun 2020, penyakit mental akan menjadi penyakit nombor satu mengatasi penyalit kardiovaskular.

Katanya, “budaya masyarakat Malaysia hari ini yang cenderung terhadap rawatan spiritual, justeru pendekatan rawatan secara Islamik dilihat penting, bukan lagi sebagai rawatan alternatif tetapi menjadi satu bentuk kaedah rawatan pilihan”.

Panel lain yang turut serta pada muzakarah tersebut, Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia,Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa berkata pendekatan rawatan terapi konvensional berlandaskan Al-Quran dan Sunnah melalui amalan mendekatkan diri dengan Allah, perlu diketengahkan pelbagai pihak dalam kaedah rawatan kerana penyakit mental juga boleh disebabkan faktor lain seperti gangguan jin dan sebagainya. 

Muzakarah anjuran IKIM itu turut disertai tiga orang panel lain iaitu Pensyarah Kanan Psikiatri Cyberjaya Universiti College of Medical Sciences, Dr. Rafidah Bahari, Pakar Psikiatri Uuniversiti Sains Islam Malaysia, Dr Zul Azlin Razali.

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa dan juga Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 13 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm