Ibu bapa perlu awasi aktiviti anak, elak kesan buruk jerebu

KUALA LUMPUR, 30 September – Ibu bapa dinasihatkan sentiasa mengawasi aktiviti anak masing-masing berikutan situasi jerebu yang melanda di beberapa negeri.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata ibu bapa juga perlu memastikan anak mereka menjalankan aktiviti dalam kawasan tertutup supaya tidak terdedah kepada jerebu.

“Ibu bapa juga perlu mengawasi tahap kesihatan anak masing-masing dan segera mendapatkan pemeriksaan doktor jika anak jatuh sakit kesan jerebu ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini.

Rohani berkata, ibu bapa perlu mengambil langkah proaktif dengan membekalkan anak dengan topeng muka untuk dipakai dalam keadaan berjerebu bagi mengurangkan risiko gangguan kesihatan.

Beliau turut menasihatkan pengusaha Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) mengurangkan kegiatan dan aktiviti luar untuk kanak-kanak.

“TASKA perlu sentiasa memantau keadaan semasa bagi mengelakkan kanak-kanak terdedah dengan jerebu,”katanya.

47total visits,1visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm