“Setiap pembedahan yang dijalankan di sini ditetapkan memakan masa hanya satu jam, bermaksud sebanyak 24 prosedur pembedahan kecemasan dapat dijalankan sehari. “Seramai empat pegawai dan 24 anggota paramedik ATM akan ditempatkan di sini bagi membantu kakitangan HSA dalam aspek teknikal dan penggunaan fasiliti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat hospital medan berkenaan yang ditempatkan di HSA selepas bangunan induk hospital itu ditutup sementara akibat insiden kebakaran yang mengorbankan enam nyawa, Selasa lalu.