Hargai didikan, jasa guru, ibu bapa: Najib

KUALA LUMPUR, 17 November – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menasihatkan murid yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 menghargai didikan dan pengorbanan guru serta ibu bapa mereka.

Sambil mengucapkan tahniah kepada semua calon UPSR yang keputusannya diumumkan hari ini, Najib berkata mereka yang gagal meraih keputusan cemerlang perlu terus berusaha meningkatkan kecemerlangan diri.

“Tahniah semua anak-anak yang berjaya cemerlang dalam UPSR hari ini! Jangan lupa ucap terima kasih kepada guru-guru yang mendidik dan juga kepada ibu bapa yang banyak berkorban.

“Kepada yang keputusannya kurang memberangsangkan, usah khuatir. Jadikan ia pembakar semangat untuk lebih cemerlang di masa depan, insya-Allah,” kata Najib dalam catatan di laman sosial Facebook dan Twitternya hari ini.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan 38,344 calon atau 8.65 peratus daripada 443,407 calon UPSR di seluruh negara memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Sumber BERNAMA

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm