Harga minyak dijangka AS$60 hujung tahun ini

NEW YORK, 10 Julai – Permintaan minyak mentah global yang bertambah dijangka melonjakkan semula harganya sehingga AS$60 setong sebelum akhir tahun ini.

Laporan media Barron’s, yang memetik nota penyelidikan Penganalisis Kanan Tenaga Citibank, Eric Lee, berkata turut menyokong kenaikan itu adalah bekalan yang terhad daripada Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (OPEC).

Lee ialah Penganalisis yang sebelum ini meramalkan kejatuhan pasaran minyak semasa harga melebihi AS$100 setong.

Penurunan harga minyak mentah Brent kepada serendah AS$40 beberapa minggu kebelakangan ini menjadikan ramalan Lee tempat untuk jangka pendek, kata laporan Barron’s itu.

Lee mengunjurkan permintaan 97.3 juta tong sehari pada 2017, rekod tertinggi, berbanding 96 juta pada 2016.

Ia dipacu sebahagian besarnya oleh pasaran sedang pesat membangun seperti China dan India.

Dalam masa sama, pengurangan bekalan daripada OPEC sebanyak 700,000 tong sehari berbanding purata pengurangan 2016 boleh meningkatkan harga minyak sebelum akhir suku keempat.

Sumber Reuters

92total visits,2visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm