Halal : Kepentingan Global

KUALA LUMPUR, 7 April – Keperluan mencari yang halal adalah tuntutan yang difardhukan bukan semata-mata ke atas umat Islam bahkan kepentingannya mencakupi masyarakat bukan Islam. Keperluan ini bagi memberikan kualiti kehidupan yang lebih baik dalam mendapatkan barangan-barangan keperluan harian termasuk perkhidmatan.

Industry halal tanah air sehingga ke tahun ini berkembang dengan baik dan pemahaman mengenainya juga semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia sama ada yang beragama Islam mahupun bukan Islam. Sejak 10 tahun kebelakangan ini juga, permohonan bagi mendapatkan sijil halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia meningkat tahun demi tahun.

Ustaz Mohd Rusydi Ramli al-Jauhari, pendakwah bebas yang juga Panel Syariah  Kumpulan Halcent mengulas lanjut mengenai kepentingan umat Islam dalam memenuhi tuntutan halal.

Kerajaan menerusi pelbagai agensi turut memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran mengenai kepentingan industry halal bukan sahaja di peringkat nasional malah berkembang ke peringkat antarabangsa. Usaha pihak kerajaan ini tidak lain bagi memperkasakan lagi Industry halal Negara. Pn. Faridah Mohd Ali, Pengurus Kanan, Promosi & Penjenamaan Halal Industry Development Corporation (HDC) berkongsi mengenai bagaimana Malaysia boleh memperkasakan lagi industry halal ini.

Malaysia yang diiktiraf sebagai satu-satunya Negara yang mempunyai sistem halal terbaik dunia melangkah setapak lagi apabila Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi telah melancarkan Sistem Pihak Berkuasa dan Badan Halal Antarabangsa Malaysia (MyIHAB) yang pertama seumpamanya di dunia.

Dengan wujudnya badan halal antarabangsa yang pangkalan datanya berpusat di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan titik permulaan bagi Malaysia ke arah mewujudkan Lembaga Akreditasi Halal Antarabangsa di masa akan datang.

Perkembangan industry halal Negara bukan sahaja berkisar di dalam Negara semata-mata bahkan pasaran halal global juga sangat meluas dan pada tahun 2016, nilai pasaran produk dan makanan halal oleh Malaysia mencecah 37.02 billion ringgit, terutama di Negara Asia Tenggara, Asia Barat serta China.

Jelas sekali, industry halal pada hari ini, bukan sekadar satu industry yang merupakan tuntutan buat umat Islam semata-mata tetapi, lebih daripada itu ia boleh mewujudkan satu jaringan antarabangsa dan serta menaikkan imej Islam di persada dunia.

Haji Faiz Hj. Othman

Merupakan penyampai di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Maulid @ IKIMfm, Salam IKIMfm dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm