Hala tuju ekonomi pada landasan betul

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Datuk Seri Najib Razak berkata, dasar kerajaan dalam menentukan hala tuju ekonomi negara kini berada pada landasan betul.

Perdana Menteri berkata, hakikat itu dengan sendirinya menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya negara akan bankrap atau gagal, malah membuktikan ia adalah fitnah serta dan tuduhan berniat jahat.

“Keteguhan ekonomi sesebuah negara boleh diukur melalui banyak aspek, antaranya melalui pelaburan langsung asing (FDI) kerana ia menunjukkan keyakinan pelabur luar terhadap ekonomi negara.

“Data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menunjukkan FDI tahun lalu meningkat 63.4 peratus berbanding tahun 2015.

“Kita meraih RM59 bilion melalui pelaburan asing tahun lalu berbanding RM36 bilion pada tahun 2015. Ini menjadikan jumlah pelaburan pada tahun lalu RM207.9 bilion.

“Peningkatan mengagumkan ini menunjukkan keyakinan pelabur asing terhadap ekonomi Malaysia,” katanya dalam entri terbaru menerusi laman blognya, najibrazak.com, hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan berusaha supaya ekonomi negara terus berkembang dan memanfaatkan rakyat.

“Oleh itu, saya berharap rakyat negara ini akan terus yakin terhadap usaha kerajaan kerana keyakinan itu adalah suntikan semangat untuk kerajaan terus memperteguhkan ekonomi negara,” katanya.

93total visits,2visits today

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm