Had Kifayah Zakat Pendapatan Berbeza Setiap Negeri

index

NILAI, 11 Okt – Masyarakat Islam di Malaysia bukan hanya sekadar membicarakan zakat fitrah semata-mata. Kini persoalan berkaitan zakat semakin berkembang dan perlu  kepada penyelesaian segera. Persoalan berkaitan had kifayah adalah antara satu daripadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ – MAIWP) Mohd Rais Alias berkata di  negara ini, penilaian dan kaedah pengiraan  had kifayah zakat pendapatan adalah berbeza setiap  negeri .

Menurut beliau, kadar tersebut bukanlah sebuah ketetapan yang statik malah boleh berubah mengikut waktu dan tempat bergantung kepada kedudukan ekonomi di sesebuah kawasan pentadbiran.

Beliau menyatakan perkara itu pada sidang media  selepas menghadiri Majlis Perasmian Konvesyen Zakat Kebangsaan 2016  di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan

Pada majlis tersebut turut dilancarkan Global Zakat Game : Bijak Zakat yang merupakan  inovasi terkini yang dihasilkan oleh pihak USIM.

Sementara itu, ketika mengulas tentang inovasi berkenaan, Pensyarah Kanan  dan Felo Penyelidik Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia , USIM, Profesor Madya Dr. Azman Abdul Rahman  berkata  ia dihasilkan   bagi memudahkan para amil, pelajar serta masyarakat menguasai konsep asas ibadah zakat melalui kaedah  yang interaktif dan ilmiah .

65total visits,2visits today

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

One thought on “Had Kifayah Zakat Pendapatan Berbeza Setiap Negeri

  • November 18, 2016 at 9:11 pm
    Permalink

    Assalamualaikum, boleh encik/puan/tuan terangkan had kifayah di setiap negeri? kalau boleh, had kifayah di negeri terengganu. hal ini kerana, saya ditugaskan untuk mencari maklumat berkaitan hak kifayah negeri Terengganu. kalau terdapat website or apa2 info berkaitan had kifayah negeri Terengganu, boehkan encik membantu saya dengan memberikan informasi berkaitan perkara tersebut. saya harap Encik dapat membantu saya dengan segera. terima kasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm