Dokumentasi lewatkan penghantaran pulang pelarian Rohingya: UNHCR

DHAKA, 11 Julai – Hampir 500,000 pelarian Rohingya dari Myanmar yang kini berlindung di Bangladesh dijangka terus tinggal di beberapa kem berkenaan untuk sementara waktu.

Ketua Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Filippo Grandi, berkata ia berikutan prosedur pengesahan identiti dijangka mengambil masa yang panjang sebelum pelarian itu dihantar pulang ke Myanmar.

Grandi berkata demikian selepas mengunjungi dua kem di Cox’s Bazar di pantai tenggara Bangladesh, yang menempatkan ribuan pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar.

“Kami sudah menawarkan kepakaran teknikal (kepada Myanmar). Saya fikir ada kemungkinan semua pelarian akan berada di Bangladesh buat sementara waktu,” katanya di sini.

Pada 2015, rancangan Bangladesh untuk memindahkan ribuan pelarian Rohingya ke sebuah pulau terbiar yang terdedah dengan banjir mendapat bantahan dunia.

Bagaimanapun, Grandi pada pertemuan dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina, berkata sebarang usaha penempatan semula perlu dilaksanakan secara sukarela.

Dalam pada itu, Dhaka menganggarkan kira-kira 400,000 pelarian Rohingya berada di negara itu, termasuk hampir 70,000 yang tiba sejak Oktober lalu, susulan insiden keganasan di Rakhine, Myanmar.

Sumber AFP

273total visits,3visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm