Perdana Menteri berkata, berdasarkan pengumuman bank pusat itu hari ini, ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku keempat 2016 selain disokong peningkatan berterusan dalam perbelanjaan sektor swasta yang membawa kepada pertumbuhan keseluruhan sebanyak 4.2 peratus sepanjang tahun lalu.

Malah, pada masa sama, beliau berkata, setakat 31 Januari lalu, rizab negara berjumlah AS$95 bilion atau RM426 bilion.

“Alhamdulillah, perencanaan kita mengurus tadbir ekonomi negara berdepan cabaran global tahun lalu telah berhasil dan kita akan meneruskan lagi kerja-kerja bagi memastikan ekonomi negara kekal sihat dan pertumbuhan bertambah dari semasa ke semasa,” katanya dalam blog NajibRazak.com hari ini.

BNM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.5 peratus pada suku keempat 2016, disokong oleh peningkatan berterusan perbelanjaan sektor swasta, yang menjurus kepada pertumbuhan 4.2 peratus bagi keseluruhan tahun lalu.