Boycott, Divestment & Sanctions (BDS) Malaysia Anjur Kempen Boikot Barangan Israel

KUALA LUMPUR, 19 April – Isu Palestin adalah isu kemanusiaan dan bukan perbalahan agama antara Islam dan Yahudi, oleh itu seluruh umat manusia tanpa mengira agama dan bangsa wajar menyatakan bantahan terhadap penindasan puak Israel terhadapa rakyat Palestin.

Demikian menurut Pensyarah Universiti New South Wales Sydney Australia, Prof. Madya. Dr. Peter Slezak.

Menurutnya bagi menjamin keamanan di bumi Palestin atau kawasan yang dikuasai Israel sekalipun, keadilan dan layanan baik haruslah diberikan terhadap rakyat Palestin terlebih dahulu, kerana itulah permulaan terhasilnya keamanan dan kesejahteraan di bumi bergolak itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual menerusi slot Warna Pagi terbitan Maslina Alias di IKIMfm.

Peter yang berketurunan Yahudi dari salah sebuah keluarga yang terselamat dalam Peristiwa Pembunuhan Holokos lebih 70 tahun dahulu kini berada di Malaysia bagi menggerakkan kempen memboikot barangan dan pelaburan yang menyumbang kepada ekonomi Israel anjuran Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia.

Berkongsi pengalamannya beliau yang pernah berada di kawasan yang dikuasai Israel di Palestin pada 2012 dan 2016, merasa sedih dan kecewa dengan kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin, walaupun telah beberapa resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dikeluarkan mengecam tindakan Israel.

Dr. Peter Slezak akan turut menyampaikan syarahannya di beberapa lokasi termasuklah di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Kuching.

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa dan juga Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 13 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm