Al-Qaradawi: JAKIM Gesa Tarik Balik Notis Merah

KUALA LUMPUR, 23 Dis – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataannya kepada media menegaskan bahawa kita sama sekali menolak sebarang usaha penindasan terhadap mana-mana individu dan umat Islam. Datuk Haji Othman bin Mustapha seterusnya menegaskan seperti berikut:

  • Tindakan pihak tertentu yang cuba untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap Prof Dr Yusuf Al Qaradawi tanpa asas dan siasatan merupakan satu penganiayaan terhadap ulama’. Perkara ini bukan sahaja akan mengundang sensitiviti umat Islam malah dikhuatiri akan menyebabkan kemarahan umat Islam seluruh dunia. Umum maklum beliau merupakan seorang tokoh ulama kontemporari yang disegani dan dijadikan rujukan semasa bagi masyarakat Islam seluruh dunia.
  • Kita juga berpandangan tuduhan yang melabelkan beliau sebagai militan dan menyeru kepada keganasan adalah tidak berasas. Buktinya, pemimpin ulama sedunia berkenaan telah menyatakan pendirian beliau terhadap deklarasi kekhalifahan Islam oleh ISIS pada 5 Julai 2014 yang lalu adalah melanggar Syariah malah setiap pandangan dan fatwa beliau mempunyai asas yang tidak boleh dipertikai.
  • Semua pihak seharusnya mempertimbangkan ketokohan Prof Dr Yusuf Al Qaradawi sebagai seorang tokoh ulama’ yang disegani dunia. Beliau diakui bukan sahaja seorang tokoh ilmuan malah memberi sumbangan yang cukup besar dalam perundangan Islam, penulisan dan kefatwaan beliau yang bersifat kontemporari dan sentiasa menjadi rujukan dan pengikut yang ramai.
  • NAJIB QARDHAWIMalaysia juga pernah menobatkan Prof Dr Yusuf Al Qaradawi sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa pada tahun 2009 berdasarkan kriteria yang jelas antaranya keilmuan beliau, kesederhanaan yang beliau praktiskan selari dengan ajaran Islam termasuklah menghormati sistem demokrasi yang harmoni. Malah sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat global yang diiktiraf oleh pelbagai pihak.

Justeru, JAKIM menggesa   agar pihak berkenaan menarik balik Notis Merah yang dikeluarkan terhadap Prof Dr Yusuf Al Qaradawi.

83total visits,1visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm