Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kejayaan itu merupakan peningkatan sebanyak empat peratus berbanding dua tahun lalu yang menyaksikan 37,271 calon mendapat 8A.

Selain itu beliau berkata, tiada dalam kalangan 194,258 keseluruhan calon yang menduduki UPKK pada tahun lepas mendapat keputusan semua D bagi semua mata pelajaran.

“Mulai tahun ini, murid yang menduduki UPKK 2016 boleh menyemak keputusan peperiksaan melalui dua mekanisme iaitu secara online di semakan.islam.gov.my.

“Selain itu, keputusan UPKK boleh disemak menerusi kaedah khidmat pesanan ringkas (SMS), mySMS 15888 bermula pukul 11 pagi ini sehingga 11 pagi 21 Februari depan.

“Calon juga boleh mendapat pernyataan keputusan peperiksaan UPKK mulai pukul 3 petang ini di sekolah masing-masing,” katanya kepada pemberita ketika mengumumkan analisis keputusan UPKK 2016 di sini hari ini.

Sumber UTUSAN ONLINE