Lebih 300 Kes Demam Denggi

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2014: Sebanyak 325 kes demam denggi dilaporkan di seluruh negara bagi tempoh 24 jam sejak semalam. 

Menurut laporan dalam laman sesawang iDengue kendalian Kementerian Kesihatan (KKM), Kelantan merekodkan kes paling tinggi iaitu 136 kes diikuti Selangor dengan 94 kes. 

Sebanyak 124 kawasan di seluruh negara termasuk kawasan dalam daerah Petaling, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Kota Baharu, Tumpat dan Sibu disenaraikan sebagai lokaliti aktif denggi terkini. 

Kawasan komersial yang paling tinggi mencatatkan kes denggi ialah daerah Petaling, Selangor. Kawasan berkenaan mencatatkan 111 kes secara kumulatif bagi tempoh Januari sehingga Julai lalu. 

Bilangan kes denggi di seluruh negara bagi tempoh tujuh bulan pertama sejak Januari tahun ini adalah sebanyak 54,976 kes dan jumlah ini meningkat berbanding 15,400 kes bagi tempoh sama tahun lalu. 

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 101 kematian direkodkan akibat kes denggi berbanding 31 kematian bagi tahun lalu. Orang ramai boleh merujuk portal http://idengue.remotesensing.gov.my untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai denggi.

Hajah Mazlina Ismail

Merupakan penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Psikologi & Kesihatan Mental, Book of Assistance, Smart Parents dan banyak lagi.

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm