22 maut serangan nekad di Tikrit

BAGHDAD, 5 April – Satu serangan nekad di Tikrit malam tadi mengorbankan sekurang-kurangnya 22 nyawa.

Pegawai wilayah, Ahmed al-Karim, berkata lima pengebom nekad berjalan kaki menyasar polis peronda dan menyerbu rumah seorang pegawai di kejiranan al-Zihoor, Tikrit.

Al-Karim berkata, tiga pengebom dibunuh pasukan keselamatan, sementara dua lagi meletupkan diri.

Katanya, sekurang-kurangnya 10 anggota polis antara yang maut dan sehingga 31 yang lain cedera dalam serangan itu.

Tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab atas pengeboman itu namun militan Daesh pernah melancarkan serangan serupa untuk mengalih perhatian daripada pertempuran di Mosul.

Sumber AP

142total visits,2visits today

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Ketua Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa dan juga Penerbit Rancangan Kanan IKIMfm. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 13 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm