139 petugas haji berlepas ke Tanah Suci hari ini

KUALA LUMPUR, 17 Julai – Seramai 139 petugas haji dari kumpulan kedua berlepas ke Tanah Suci hari ini, bagi melaksanakan operasi haji 2017.

Petugas haji itu daripada kumpulan yang menguruskan kebajikan, perubatan dan media.

Pengurus Besar Kanan (Haji), Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Syed Salleh Syed Abd Rahman, berkata tahun ini TH menghantar 660 petugas haji membabitkan 275 orang dalam bahagian perubatan, 385 (kebajikan) dan 16 orang media.

“Semua petugas ini dihantar secara berperingkat menerusi beberapa siri penerbangan sepanjang musim operasi haji tahun ini.

“Bagi tahun ini TH akan menguruskan lebih 30,200 jemaah haji Malaysia dan perlu memastikan semua 14 bangunan penempatan haji yang dikenali sebagai maktab berada dalam keadaan selesa, ” katanya kepada media selepas Majlis Pelepasan Petugas Haji di Kompleks TH Kelana Jaya.

Syed Salleh berkata, operasi haji musim ini akan bermula dengan penerbangan pertama yang akan berlepas Isnin depan.

Sumber – Berita Harian

60total visits,1visits today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm