Arab Saudi Tarik Balik Pengurangan Kuota Haji

Muslim pilgrims walk around the Kaaba in the Grand Mosque of the holy city of Mecca, on October 22, 2012. Over two million Muslims from around the world flood Saudi city of Mecca to perform the annual Hajj pilgrimage, which is one of the five pillars of Islam. AFP PHOTO/FAYEZ NURELDINEJEDDAH, 6 Jan – Arab Saudi memutuskan untuk menarik balik pengurangan kuota jemaah haji yang dikenakan lima tahun lalu, bermula tahun ini. Pihak berkuasa tertinggi meluluskan cadangan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji, Putera Mahkota Muhammad Bin Naif, untuk menguatkuasa semula kuota haji kedua-dua jemaah tempatan dan asing yang wujud sebelum pengurangan diperkenalkan.

Beliau berkata, pihak berkuasa berkaitan sudah membuat persiapan untuk menerima pertambahan jumlah jemaah untuk menunaikan haji tahun ini. Keputusan itu diumumkan ketika beliau menerima ketua delegasi haji dari Arab dan negara Islam di pejabatnya di Jeddah. Pihak berkuasa sebelum ini mengenakan 20 peratus pengurangan kuota untuk jemaah dari luar negara dan 50 peratus pengurangan kuota untuk rakyat tempatan.

Ia bertujuan memastikan keselamatan jemaah ketika projek pembesaran terbesar Masjidil Haram yang hampir siap selain kerja menyiapkan mataf dan beberapa kawasan di sekitar kota Makkah. Putera Mahkota Muhammad turut mengarahkan peningkatan kuota haji dilaksanakan secara berperingkat.

Sumber – BERITA HARIAN

259total visits,1visits today

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm