Jerman tuduh Russia antara penyebab kemusnahan Aleppo

dc1b325daecd43cf84c2f13fc3c13daa_18
BERLIN, 15 Disember – Jerman, hari ini beranggapan Russia adalah sebahagian daripada pihak bertanggungjawab dalam kemusnahan bahagian timur Aleppo dan pilihan untuk mengenakan sekatan ke atas Moscow masih dipertimbangkan kerana keutamaan kini adalah untuk membantu orang awam.

Jurucakap Jerman, Steffen Seibert pada sidang akhbar berkata, Russia, Presiden Bashar al-Assad dan tentera sekutu yang disokong Iran menyebabkan kemusnahan timur Aleppo. “Kita sedar kemusnahan timur Aleppo tidak berlaku tanpa sokongan ketenteraan besar-besaran dari Russia.

Russia tidak menghalang jenayah daripada berlaku beberapa hari lalu walaupun ia mampu berbuat demikian,” katanya. Seibert berkata, Canselor Angela Merkel sudah berbincang dengan Presiden Russia, Vladimir Putin pada Selasa dan menggesa gencatan senjata segera diadakan.

Sumber : Berita Harian

317total visits,3visits today

Haji Faiz Hj. Othman

Merupakan penyampai di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Maulid @ IKIMfm, Salam IKIMfm dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm