Ustaz Dr Haron Din Meninggal Dunia

allahyarham-datuk-dr-haron-din-2

KUALA LUMPUR, 16 Sept – Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia hari ini di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung, kata Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan.

Beliau berkata Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia). Katanya Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmatNya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media tempatan melaporkan Allahyarham berada dalam keadaan kritikal akibat pendarahan teruk dan bergantung kepada mesin sokongan hayat.

 

Sumber – BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my