USIM Tuan Rumah Konvensyen KIK Universiti Awam 2015

NILAI, 13 April – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan menjadi tuan rumah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Universiti Awam (UA) 2015 yang akan diadakan tiga hari bermula esok di Dewan Besar USIM di Nilai.

Ketika  dihubungi  wartawan Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm, Penolong Pendaftar Pusat  Perancangan Korporat dan Pengurusan Kualiti USIM, Mohd. Syafaat Sapari berkata sebanyak 39 pasukan bakal mempertandingkan projek KIK mereka pada konvensyen kali ini antaranya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

 

Tambah beliau Johan, naib johan dan tempat ketiga akan membawa pulang hadiah masing-masing berupa wang tunai RM6,000, RM4,000, RM2,000 bersama trofi dan sijil penghargaan.

Beliau berkata penganjuran Konvensyen KIK ini merupakan program tahunan utama yang amat dinantikan UA sejak mula dianjurkan pada 2004.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.