Pejabat dan talian bantuan pejabat masing-masing dibanjiri dengan pertanyaan apabila berita mengenai rempuhan itu tersebar dan menjadi viral di media sosial.

Konsul Jeneral Pakistan di sini, Aftab A. Khokher berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada kerajaan Arab Saudi dan memantau rumah-rumah mayat di hospital untuk mengesan mangsa yang maut dan cedera.

Konsul Jeneral India, B.S. Mubarak pula berkata, laporan awal mendapati tiga jemaah haji India maut manakala dua lagi cedera.

Beliau memberitahu, kawasan khemah di mana kejadian rempuhan itu berlaku kebanyakannya dihuni jemaah dari Afrika dan Asia Barat.

Sumber AGENSI