Urusan syarak mangsa MH370 bermula tarikh pengumuman DCA – Majlis Fatwa

PUTRAJAYA, 20 April: Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan (Majlis Fatwa) hari ini memutuskan urusan syarak mangsa MH370 beragama Islam boleh dibuat bermula pengumuman Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada 29 Januari 2015.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebelum ini mengumumkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu sebagai satu kemalangan.

Pengisytiharan kehilangannya itu berdasarkan Standard of Annexes 12 dan 13 Konvensyen Chicago, sekali gus memutuskan kesemua mangsa sebagai tidak bernyawa atau terkorban.

Dalam sidang medianya hari ini, Pengerusi Majlis Fatwa, Tan Sri Abdul Syukur Hussein, berkata tarikh itu ditetapkan selepas mengambil kira pandangan ulama berkenaan keperluan mencari mangsa hilang.

Beliau berkata, ketetapan yang dibuat Majlis Fatwa ini bukanlah satu fatwa yang mengikat, tetapi sekadar memberikan pandangan hukum.

“Keputusan mengenai tanggapan mati dan status kehilangan penumpang dan anak kapal MH370 amat penting bagi membolehkan ahli keluarga dan waris terdekat menguruskan soal pembahagian harta pusaka dan tempoh edah si isteri.

“Kalau anak kecil yang belum baligh itu pula, kita boleh anggap mereka sebagai anak yatim,” katanya selepas mempengerusikan muzakarah Majlis Fatwa pagi tadi.

Sementara itu, Syukur mengesahkan kumpulan zikir dan nasyid popular diketuai Habib Syech Abdul Qodir Assegaf tiada kaitan dengan kumpulan ajaran sesat Tariqat Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani yang difatwakan haram sejak 3 April 2000.

Mengulas mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), beliau menafikan hukum harus yang dikeluarkan pihaknya sebelum ini dibuat tanpa merujuk pandangan ulama, selain kajian terperinci pakar dan kumpulan penyelidik syariah dan ekonomi Universiti Teknologi Malaysia, dibuat.

Sumber BERITA HARIAN

103total visits,4visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm