Upacara Bersihkan Kaabah Hari Ini

bersihkan.transformed_1
MAKKAH, 17 Okt – Pemerintah Makkah, Putera Khaled Al-Faisal hari ini menyempurnakan upacara membersihkan Kaabah bagi pihak penjaga dua masjid utama, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, demikian menurut media tempatan.
Putera Khaled bersama pembesar negara akan membersihkan dinding di bahagian dalam Kaabah dengan menggunakan kain yang dicelup ke dalam campuran air Zamzam dan haruman Oud. Antara pengiring yang turut menemani Putera Khaled termasuk Ketua Umum Pengurusan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, menteri, ulama, penjaga Kaabah, anggota Kor Diplomatik Islam, penduduk tempatan dan jemaah.
Sementara itu, Kiswa (kain yang menutupi Kaabah) di sudut Hajar Aswad dan bahagian tepi Meezab (saluran air di atas kaabah) dihiasi dengan emas semalam.
Sumber – BERITA HARIAN
Kongsi Artikel ini :

1 Comment

  1. syamsiahOctober 21, 2016

    Masha Allah. Bilakah dapat ku menjejaki Makkah al mukarramah

Leave a Reply

Scroll to top