Umat Islam disaran majukan diri dalam sektor perniagaan

KANGAR, 21 Jun – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar umat Islam berusaha memajukan diri dalam sektor perniagaan dan ekonomi sebagaimana digalakkan agama.

Baginda bertitah menurut Islam, satu daripada 10 punca rezeki datang daripada perniagaan, justeru Allah telah menjanjikan keuntungan kepada sesiapa yang berusaha dalam bidang itu.

Menurut baginda, bidang usahawan boleh dilaksanakan dengan lebih efisien dan produktif melalui inisiatif serta bimbingan agensi-agensi pembangunan usahawan serta dewan perniagaan.

Titah baginda, Perlis juga mempunyai kelebihan kerana mempunyai hubungan rapat dengan enam wilayah Andaman di Thailand, yang membolehkan pelbagai program usahawan dirangka dengan fasilitasi pelbagai pihak antaranya Segitiga Pertumbuhan Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT).

“Perlis dan wilayah-wilayah Andaman boleh menggandakan penganjuran pelbagai ‘Program Promosi Produk Tempatan’ di kedua-dua negara secara berperancangan, kolektif dan berterusan,” titah baginda menerusi kenyataan akhbar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sini, hari ini.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.