U Win Myint Dipilih Sebagai Presiden Baharu Myanmar

NAY PYI TAW, 28 Mac – U Win Myint, bekas Speaker Dewan Perwakilan Rakyat, telah dipilih sebagai presiden baharu Myanmar, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Parlimen Kesatuan.

Parlimen Kesatuan telah menjalankan pemilihan presiden baharu Myanmar bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan selepas U Htin Kyaw mengumumkan peletakan jawatan itu pada minggu lepas atas alasan kesihatan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my