Tujuh Ahli Daesh Ditahan

KUALA LUMPUR, 19 Julai – Polis menahan sebanyak tujuh individu dipercayai terlibat dengan kumpulan Daesh dalam beberapa operasi di Johor, Terengganu, Selangor dan Perak.

Kesemua suspek itu ditahan dalam serbuan pada 12 hingga 17 Julai lalu oleh Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman.

Dalam satu kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, mereka terdiri daripada empat warga tempatan serta tiga warga Indonesia dan kesemuanya berusia antara 21 hingga 42 tahun.

Ujar beliau lagi, Seorang daripada suspek yang ditahan di Johor telah mengeluarkan ugutan bunuh terhadap Yang di-Pertua Agong, Sultan Muhammad V serta pemimpin-pemimpin negara.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.