Trump sedia jumpa Jong-Un

WASHINGTON, 2 Mei – Presiden Donald Trump hari ini berkata beliau tidak menolak kemungkinan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Malah Trump berkata beliau berasa ‘berbesar hati untuk melakukannya,’ walaupun pernah mengeluarkan pelbagai kenyataan keras terhadap pemimpin rejim itu beberapa minggu lalu.

“Saya amat berbesar hati untuk bertemunya,” kata Trump dalam temu bual dengan Bloomberg.

Sumber AFP

Kongsi artikel ini di:

Nik Hasnah Ismail

Bertugas sebagai Pengurus Program Radio. Telah berkhidmat di IKIMfm selama 16 tahun. Anak kelahiran Kuala Besut Terengganu ini memiliki kelulusan Sarjana Muda Pengajian Media Universiti Malaya dan Sarjana dalam Pengajian Peradaban juga dari universiti yang sama. Sering diundang untuk mengendalikan bengkel media di IPTA. Beliau turut menulis dalam akhbar tempatan dan amat meminati bidang penulisan dan motivasi. Beliau boleh dihubungi melalui emel nikhasnah@ikimfm.my