TPM Terima Kunjungan Persatuan Bincang Kutipan YKN-Tabung Rakyat Palestin

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menerima kunjungan pelbagai persatuan bagi membincangkan kaedah untuk meningkatkan kutipan tabung Yayasan Kebajikan Negara (YKN) – Tabung Rakyat Palestin yang bertujuan menampung dana diperlukan negara bergolak itu terutama dalam bidang kesihatan dan pendidikan.

Selain Jawatankuasa Yayasan Kebajikan Negara (YKN) – Tabung Rakyat Palestin, turut hadir pada pertemuan kira-kira 30 minit berkenaan ialah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda), Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan Dewan Perniagaan Islam Malaysia, di pejabat timbalan perdana menteri di Menara Parlimen di Kuala Lumpur.

Sementara itu menurut Pengerusi Jawatankuasa YKN-Tabung Rakyat Palestin Dr Rozhan Othman kutipan tabung itu akan disalurkan kepada Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) yang menguruskan dana dari pelbagai negara untuk menguruskan klinik dan sekolah yang dibangunkan di negara berkenaan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.