TPM: Malaysia Peneraju Industri Halal Global

KUALA LUMPUR, 14 Dis   – Malaysia dan negara Islam lain perlu berada di barisan hadapan dan menerajui industri halal global. Justeru, bagi menerajui industri itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap Malaysia dan negara Islam yang lain akan saling bekerjasama, termasuk berkongsi idea dan pengetahuan. Ketika berucap melancarkan Persidangan Halal 2015 Institut Standard dan Metrologi Negara-Negara Islam di Kuala Lumpur beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata negara-negara Islam ketika ini ketinggalan di belakang dari segi memanfaatkan peluang-peluang dalam ekonomi halal manakala syarikat antarabangsa bukan Islam pula kini dilihat menerajui industri berkenaan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Abu Bakar Mohamad Diah, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki. ~ANMY IKIMfm

67total visits,1visits today

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Kanan di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Light of Life, Medic Alert dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm