Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, sebanyak 16,000 as­pirasi daripada golongan belia direkodkan untuk menyediakan laporan bagi TN50 setakat ini.

Menurutnya, pihaknya akan terus mengadakan dialog TN50 sebagai perbincangan nasional dengan melibatkan kementerian serta pihak lain.

“Malah, kita akan menggunakan platform media sosial bagi memastikan lebih ramai golongan belia dan rakyat dapat memberi pandangan terhadap hala tuju negara pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata de­mikian ketika meng­gulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Khairy ber­kata, kementerian­nya juga akan me­lantik beberapa anak muda yang mem­punyai ciri-ciri kepemimpinan untuk membantu menyampaikan mesej TN50.

“Kita berharap mendapat kerjasama daripada semua pihak kerana tempoh satu tahun untuk mengumpul aspirasi TN50 bukan satu tempoh yang lama tetapi saya yakin kita mampu melakukannya secara menyeluruh,” jelasnya.