Tiroid bukan penyakit biasa

KUALA LUMPUR  – Penyakit yang dikenali sebagai Hipotiroidisme atau lebih dikenali sebagai tiroid adalah salah satu penyakit yang amat dikenali dalam kalangan masyarakat Malaysia.Tiroid ini bukan hanya bengkak di leher sahaja malahan ianya akan memberi kesan yang lebih teruk jika tidak merawatnya.

Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Pakar Perunding Bedah Endokrin dan Payudara, UKM Specialis Centre (UKMSC) berkata “penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki terutama kepada ibu yang sedang hamil, tiroit ini juga adalah berbentuk seperti rama-rama yang terletak di hadapan saluran kerongkong, sebelah saluran makanan”.

Pada peringkat awal penyakit ini juga akan menyebabkan penafasan yang tidak stabil, susah untuk menelan makanan dan ketidakselesaan tekak tetapi jika dibiarkan ianya akan menjadi lebih teruk.

Tiroid ini adalah hormon yang mengawal metabolisme manusia, Jika tiroid ini tidak berfungsi dengan sempurna ia akan memberi kesan terhadap aspek kesihatan seperti badan akan menjadi letih dan mengantuk. Penyakit ini akan berlaku jika aras hormon tiroid tinggi (hipertiroidisme) dan jika aras hormon terlalu rendah (hipotiroidisme). Katanya ketika menjadi tetamu rancangan ‘Kesihatan’ radio IKIMfm, terbitan Maslina Alias yang keudara pada Rabu jam 8.15 pagi hingga 9.30 pagi.

Beliau menambah bahaya tiroid jika tidak merawat ianya akan mendatangkan kanser tekak dan lebih teruk lagi apabila tiroit ini membesar dan akan masuk ke saluran jantung yang dikenali sebagai Retrosternal goiter.

Tiroid ini juga boleh dibawa kepada pembedahan tetapi penyakitnya harus dipastikan dahulu, pembedahan akan dilakukan jika pesakit mengalami ketidakselesaan tekak dan juga jika tiroid ini masuk ke dalam saluran jantung(harus).

Cara untuk mengenalpasti bagaimana tiroit itu ada dalam saluran jantung, pesakit boleh membuat x-ray atau Ct scan di hospital.Tiroid ini juga mengambil masa sekurang kurangnya setahun untuk membesar sepanjang 1cm jika ianya membesar dengan cepat ianya bukanlah tiroid tetapi kanser.

Kesimpulannya, jika menghadapai penyakit tiroid hendaklah membuat ujian yang boleh selanjutnya bukan hanya membuat ujian darah kerana ujian darah merupakan fungsinya bukan menentukan penyakit tiroid.

Kongsi artikel ini di: