Tingkatkan kesedaran pendidikan kanak-kanak austime – PM

KUALA LUMPUR, 2 April – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat untuk meningkatkan kesedaran kepada pendidikan awal kanak-kanak autisme sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia hari ini.

Najib menerusi laman Twitter berkata setiap anak adalah permata negara.

“Insya-Allah, kelak mereka akan jadi penyumbang pembangunan negara,” katanya.

Beliau turut memuat naik sebuah video bagi meningkatkan kempen kesedaran tentang autisme daripada program PERMATA Kurnia.

Program itu, yang dinaung oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor diperkenalkan bagi memastikan keperluan kanak-kanak penghidap autisme dapat dipenuhi.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my