Tingkahlaku Manusia Faktor Penentu Dalam Penggunaan Beg Plastik

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Penggunaan polisterin dan beg plastik tidak dinafikan kelebihan yang ada padanya iaitu tahan lama, kukuh dan mudah digunakan.

Tidak hairanlah “jika ada dalam kalangan ahli masyarakat banyak bergantung kepada polisterin dan beg plastik sebagai satu bahan dalam proses pembungkusan dan sebagainya

Namun demikian, terdapat pelbagai faktor yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang utama kepada pencemaran alam sekitar di negara ini. salah satunya adalah  penggunaan beg plastik.

Justeru, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh dalam isu melibatkan penggunaan plastik misalnya, tingkahlaku manusia menjadi elemen penting bagi mewujudkan persekitaran yang sihat dan sejahtera

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menjadi ahli panel dalam Forum Bicara Ad-Deen yang diadakan sempena sambutan ulangtahun ke-17 IKIMfm di Kuala Lumpur

Dalam perkembangan lain, Fuziah berkata golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diingatkan untuk menghormati sensitiviti dan hak kelompok majoriti masyarakat di negara ini.

Ujar beliau adalah penting untuk kerajaan hari ini melindungi sensitiviti dan suara majoriti berhubung isu tersebut terutamanya para ibu bapa yang risau anak mereka akan terpengaruh dengan gaya hidup sebegitu sekiranya ia dipromosikan secara umum.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.