Tiga Terbunuh Letupan Bom Kereta Di Baghdad

BAGHDAD, 7 Jun – Tiga orang terbunuh dan 12  yang lain cedera dalam kejadian letupan bom kereta di timur Baghdad, ibu negara Iraq,

Kejadian itu berlaku pada Rabu petang apabila kereta dipasang dengan bom itu diletupkan di kubu puak Syiah di kawasan Sadr City, kata sumber yang enggan dikenali kepada Xinhua.

Sebuah rumah turut musnah manakala beberapa rumah berdekatan mengalami kerosakan teruk.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu, tetapi dalam kebanyakan insiden serangan yang menyasarkan kawasan tumpuan ramai seperti pasar, kafe dan masjid, ia sering dikaitkan dengan militan Daesh.

Sejak pasukan keselamatan Iraq mengalahkan Daesh tahun lepas, kejadian letupan bom kereta jarang berlaku di Baghdad, berikutan peningkatan aspek keselamatan.

Sumber BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.