Tiga Kaedah Digunapakai Tentukan Tarikh Mula Berpuasa

KUALA LUMPUR, 15 Mei 2018 – Perisytiharan awal ramadan oleh penyimpan mohor besar raja-raja melayu adalah detik  yang ditunggu-tunggu untuk mendapatkan keputusan muktamad bermulanya  ibadah puasa

Asas penentuan  tarikh awal puasa  berdasarkan  nas syarak dalam Al -Quraan , hadis  dan  pendapat ulama  daripada kitab muktabar.

Ketika dihubungi pemberita IKIMfm, Pensyarah Pusat Fiqh Kontemporari Pematuhan Syariah , Fakulti Pengajian Islam, Universiti kebangsaan Malaysia (UKM), Mohd  Hafiz Safiai  antara kaedah yang digunakan   dalam menentukan tarikh awal  puasa iaitu Rukyah  (melihat anak bulan) , serta hisab (imkanur rukyah).

Di samping itu, beliau yang juga merupakan Setiausaha Persatuan Falak Syar’i Malaysia  turut menjelaskan beberapa peralatan khas digunakan dalam proses  menentukan serta menetapkan tarikh permulaan awal puasa tahun ini

Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia adalah pada 15 Mei 2018

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja jawatankuasa-jawatankuasa yang berkenaan   melihat anak bulan Ramadan pada petang 15 Mei 2018  di 29 buah  lokasi.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.