Tidak Kisah Berpuasa Di Samudera Demi Mengawal Perairan Negara

apmm-M

KUALA TERENGGANU, 13 Jun – Kedatangan bulan Ramadan yang menuntut umat Islam menjalani ibadah puasa pada siang hari tidak menjadi penghalang kepada anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi.

Bagi mereka, pemantauan perairan dan penguatkuasaan undang-undang maritim negara perlu dilakukan 24 jam walaupun ketika berbuka puasa kerana ia adalah tugas dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Begitulah yang dialami oleh 14 anak kapal APMM KM Nusa yang terus komited menjalankan tugas sambil berpuasa walaupun berada di bawah terik matahari dan ribut petir di tengah-tengah samudera.

Penulis baru-baru ini berpeluang mengikuti pelayaran selama sehari bersama-sama anak-anak kapal KM Nusa bagi merasai sendiri pengalaman mereka menjalani ibadah puasa sambil menjalankan tugas di tengah lautan.

Bagi mereka, sebagai anggota keselamatan menjaga keamanan negara daripada pencerobohan menjadi fokus utama selain perlu mempersiapkan diri dari aspek mental dan fizikal.

Sumber – BERNAMA

Kongsi artikel ini di:

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my