Tiada masalah tukar RM di Makkah dan Madinah – Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR, 26 Ogos: Orang ramai khususnya jemaah haji diminta tidak terpengaruh dengan maklumat palsu yang disebarkan di media sosial kononnya Ringgit Malaysia (RM) tidak diterima pengurup wang di Makkah dan Madinah.

Sebaliknya, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata tiada sebarang masalah berkaitan tukaran RM di Makkah dan Madinah.

“Ini adalah fitnah besar. Maklumat daripada Pengarah Operasi Haji telah menafikannya dan menjelaskan tiada masalah berkaitan pertukaran RM di pengurup wang di Makkah dan Madinah,” katanya menerusi laman Facebooknya hari ini.

Pada masa sama, Asyraf Wajdi berkata, Tabung Haji sejak dahulu lagi sudah menasihatkan jemaah haji agar tidak membawa wang tunai dalam jumlah yang banyak kerana ia menyediakan kemudahan pengeluaran wang tunai dalam mata wang Riyal di Makkah dan Madinah.

Sumber BERNAMA

85total visits,1visits today

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm