TH Serah Zakat Perniagaan Lebih 4 Juta Ringgit Kepada MAIK

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM 4,044, 267.79  bagi tahun 2014 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) .

Pembayaran zakat perniagaan TH yang diadakan di Kuala Lumpur telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Dato’ Johan Abdullah kepada Tengku Mahkota Kelantan yang juga Yang Di Pertua MAIK, Tengku Muhammmad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita IKIMfm, Dato’ Johan berkata pembayaran zakat  di negeri Kelantan mencatatkan peningkatan sejumlah  RM 172, 536.75 atau 4.5 peratus berbanding RM 3,871,731.04  pada tahun 2013.

Kelantan merupakan negeri keenam, selepas Johor, Pulau Pinang, Sabah, Negeri Sembilan dan  Melaka dalam siri jelajah penyerahan zakat perniagaan TH pada tahun ini.

Kongsi artikel ini di:

Ahmad Nazri Yusof

Merupakan Pengurus Berita Radio di Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Antara rancangan terbitan beliau adalah Minhajul Abidin, Nasyid Klasik, Kerjaya dan Hala Tuju dan banyak lagi.