TH Berjaya Patuhi Segala Arahan Keselamatan Arab Saudi

Tabung-Haji

MAKKAH, 8 SeptMalaysia melalui Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya mematuhi sepenuhnya arahan keselamatan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi bagi memastikan kelancaran operasi haji di Tanah Suci musim ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata mulai tahun ini terdapat penambahan beberapa syarat baharu yang diperkenalkan Arab Saudi bagi memantau jemaah haji seluruh dunia secara lebih efisien khususnya membabitkan aspek keselamatan.

“Tahniah kepada Tabung Haji kerana dapat melaksanakan 100 peratus pematuhan tersebut dan Malaysia merupakan antara negara yang memenuhi sepenuhnya penetapan baharu itu.

“Antaranya imbasan 10 cap jari jemaah dan pemakaian gelang `E-hajj‘ yang mempunyai maklumat penting jemaah ketika di Tanah Suci,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat TH Makkah di Hotel Abraj Janadriyah di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah, Ketua Rombongan Haji Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman dan Anggota Lembaga Pengarah TH Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Sumber – BERNAMA

107total visits,3visits today

Syafiq Salleh

Merupakan Penyampai dan Penerbit Rancangan Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm). Mengendalikan segmen Destinasi IKIMfm serta terlibat dalam suntingan artikel dan berita. Mendapat pendidikan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Perisian) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Memilik Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan) dari Politeknik Malaysia. Boleh dihubungi melalui email msyafiq@ikim.gov.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kami sedang menjalankan kaji selidik tentang Lagu-lagu Pilihan Pendengar Radio IKIMfm. Kaji selidik ini bermula dari 3 April hingga 16 April 2017.

Sertai kaji selidik ini sekarang. Responden yang bertuah bakal menerima hadiah istimewa dari IKIMfm