Terus Tingkat Mutu Penyiaran Islam

69cfa4b5-9e59-4fbc-ad14-33abf0f2c13d

KUALA LUMPUR, 14 Jun – Ketua Pegawai Eksekutif Al-Hijrah Media Corporation, Tuan Haji Izelan Basar menyeru agar peranan media penyiaran Islam mempunyai asas yang betul berpandukan kepada syariat Islam. Tujuan penerbitan sesuatu rancangan juga haruslah tidak mengandungi unsur-unsur yang melekakan pendengar serta penonton.

“Program rancangan yang dihasilkan perlu diteliti dan tidak boleh secara ala kadar”, kata Tuan Haji Izelan Basar.

Jelas beliau lagi, setiap media penyiaran haruslah berpegang pada prinsip ‘Islam Is First Class’ dimana pengisian serta penyampaian maklumat melalui rancangan perlu mengutamakan penerapan nilai-nilai murni Islam. Menurut beliau lagi, pengisian rancangan mestilah mempunyai mesej kesedaran, nasihat serta bersesuaian dengan penerimaan disetiap lapisan masyarakat Islam.

Selain itu, beliau turut berharap setiap media penyiaran haruslah mengutamakan kualiti berbanding dengan kuantiti. Rancangan yang disiarkan mestilah mengandungi kualiti pengisian yang baik serta dibangunkan oleh krew yang terlibat mengikut aspek tauhid Islam iaitu berpandukan pada Rukun Islam, Rukun Iman, Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

Menurutnya, setiap orang yang terlibat dalam sesuatu penerbitan rancangan adalah merupakan duta dan ikon kepada Islam. Semestinya penampilan dan bentuk siaran mesti mempunyai peranan utama dalam mencorakkan masyarakat umum terhadap hiburan yang berlandaskan Islam. Beliau berkata demikian semasa menjadi tetamu jemputan dalam sesi bual bicara melalui segmen inspirasi Warna Pagi di IKIMfm.

Kongsi Artikel ini :

1 Comment

  1. nizamJune 15, 2016

    Assalamualikum..Tahniah.
    Perkongsian topik Terus Tingkat Mutu Penyiaran Islam amat baik dan berkesan sekali walaupun tak dapat mengikuti hingga habis. Bagaimana untuk dengar semula perkongsian ini..di bahagian mana

Leave a Reply

Scroll to top