Temubual Bersama Ketua Pengarah Pendidikan

collage-tan-sri-abd-ghafar (1)

Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIMfm) telah diberi kesempatan untuk menemubual Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia,  Y.Bhg. Tan Sri Abdul Ghafar bin Mahmud.

Temubual selama sekitar 45 minit itu dikendalikan oleh Felo Kanan IKIM, Ybhg. Dr. Mohd. Farid bin Mohd. Shahran untuk slot Guru dan Pendidikan yang bakal bersiaran pada 26 November jam 5.15 petang. Rancangan Guru dan Pendidikan merupakan rancangan khusus diterbitkan oleh stesen IKIMfm bagi tujuan berkongsi isu-isu pendidikan untuk guru dan juga ibubapa. Ianya dilancarkan pada 16 Mei 2012 sempena Hari Guru dan kini menghampiri dua tahun. Penerbit rancangan ini ialah Dj Norhayati Paradi.

Dalam perkembangan berasingan, Tan Sri Ghafar turut menegaskan bahawa usaha-usaha untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai medium untuk pembelajaran Sains dan Matematik tidak lagi relevan kerana usaha untuk memperkasakan Bahasa Inggeris sedang giat dilaksanakan. Apa yang penting bukannya matapelajaran Sains dan Matematik itu diajar dalam Bahasa Inggeris tetapi penguasaan bahasa itu yang perlu diberi penekanan.

Jangan lepaskan peluang untuk ikuti Temubual Eksklusif ini. ~IKIMfm

Kongsi artikel ini di:

Unit Berita dan Hal Ehwal Semasa (UBHES)

Unit Berita & Hal Ehwal Semasa IKIMfm http://www.ikimfm.my