Kerajaan tubuh Majlis Tindakan Ekonomi

PUTRAJAYA, 11 Februari – Pejabat Perdana Menteri (PMO) mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi yang akan bertindak untuk meneliti dan membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat. Matlamat utama majlis tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah untuk merancakkan dan merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan, pengagihan kekayaan yang...

Tiada rombakan Kabinet

KUALA LUMPUR, 6 Februari – Tiada rombakan Kabinet dalam masa terdekat termasuk selepas perayaan Tahun Baharu Cina. Justeru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, dakwaan kononnya akan berlaku rombakan Kabinet termasuk melantik Timbalan Perdana Menteri baharu sebagai berita palsu. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina...

Israel Negara Penjenayah Yang Perlu Dikecam

KUALA LUMPUR, 28 Januari – Ketika membangkitkan mengenai kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Israel adalah sebuah negara penjenayah yang wajar dikecam. Perkara itu dinyatakan oleh  Perdana Menteri dalam satu posting di blog beliau. Dalam satu tulisan yang agak keras bertajuk ‘A Genocidal State’, Tun Dr Mahathir berkata, seluruh dunia dapat...

Jumlah Kes Rasuah Yang Dilaporkan Di Malaysia Meningkat Hasil Usaha Gigih Kerajaan

LAXENBURG, 21 Januari – Jumlah kes-kes rasuah yang dilaporkan di Malaysia meningkat sejak kebelakangan ini selepas kerajaan baru Pakatan Harapan menampilkan dasar dan usaha keras bagi menangani gejala itu. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata berkata orang ramai dan pemberi maklumat tidak lagi takut untuk melaporkan kes-kes rasuah memandangkan kerajaan kini lebih terbuka...

Kuasai Bahasa Inggeris, Warga Pendidik Perlu Terus Main Peranan

KUALA NERUS, 7 Januari – Warga pendidik  diingatkan agar terus memainkan peranan dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi yang menguasai bahasa Inggeris. Berucap pada majlis bersama warga pendidik negeri Terengganu di Kuala Nerus Terengganu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peranan guru amat besar dan penting dalam membentuk dan menentukan ‘jenis’ manusia yang menjadi warganegara Malaysia pada masa hadapan, dan lantaran itu kerajaan...

Pengiktirafan UEC Perlu Ambil Kira Sensitiviti Semua Kaum

KUALA LUMPUR, 4 Januari – Cadangan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) perlu mengambil kira sensitiviti semua kaum dan bukan hanya kelompok tertentu sahaja. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan sentiasa peka dan sensitif terhadap semua kaum dalam negara untuk memastikan rakyat terus memberikan sokongan. Bercakap kepada pihak media  selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis...

PDAM Bertemu PM Mahathir Lahir Kebimbangan Isu Harga Minyak

PUTRAJAYA, 2 Januari – Kepimpinan dan wakil Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) pada hari ini bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kebimbangan persatuan itu berkaitan isu harga minyak. Pertemuan Presiden PDAM Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz dan empat wakil persatuan itu bersama Dr Mahathir itu berlangsung kira-kira selama  45 minit di Perdana...

TPM Singapura Berada Di Putrajaya Sampaikan Perutusan PM Lee Kepada Tun Mahathir

SINGAPURA, 1 Januari – Timbalan Perdana Menteri Singapura Teo Chee Hean berada di Putrajaya pada 31 Dis 2018 untuk menyampaikan mesej kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, bagi pihak Perdana Menteri Lee Hsien Loong. Teo yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Negara berada di Putrajaya bersama Menteri Kewangan Heng Swee Keat, menurut kenyataan Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) republik...

Penetapan Harga Minyak Ambil Kira Kepentingan Pembeli, Penjual

LANGKAWI, 1 Januari – Penetapan harga runcit produk petroleum yang akan diputuskan pada mesyuarat jemaah menteri pada hari ini  akan mengambil kira kepentingan pembeli serta penjual. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata menjadi harapan kerajaan agar dapat menurunkan harga minyak, namun pelbagai aspek perlu dipertimbangkan terlebih dahulu dengan mengambil kira masalah dihadapi golongan pengusaha berkenaan. Beliau bercakap demikian kepada pemberita...

PBT Harus Patuhi Manual Kerja, Aliran Kerja Bagi Elak Rasuah

PUTRAJAYA, 10 Disember – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) harus mematuhi manual kerja, fail meja dan aliran kerja dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengikut masa ditetapkan bagi mengelakkan kejadian rasuah. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini kerana sistem pentadbiran yang diperkenalkan untuk memudahkan pentadbir-pentadbir menjalankan tugas mereka secara cekap serta tidak terlalu kompleks. Berucap pada...

Scroll to top