Kenyataan Media Tun Abdullah Ahmad Badawi

1. Pada 9 hb Mei 2018 rakyat Malaysia yang layak akan mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 14.  Sekali lagi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab akan mengundi bagi menentukan masa hadapan keluarga, masyarakat dan negara.   2. Pada umumnya Malaysia sudah melalui pengalaman yang mematangkan.  Rakyat Malaysia telah melaksanakan hak demokrasi mereka sebanyak 13 kali...

Pemimpin Perlu Kekalkan Integeriti

KUALA LUMPUR, 31 Okt – Kelangsungan dan kejayaan sesebuah negara bergantung terhadap sejauh mana pemimpinnya  memiliki sifat integeriti, jujur dan nilai moral yang tinggi. Justeru, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah isu  tersebut   sentiasa dinilai oleh  masyarakat, termasuk menerusi sikap rakyat Amerika Syarikat   yang kini yang memberi tumpuan terhadap aspek integriti pada pemimpin...

Sumbangan Datuk Nik Mustapha Terhadap IKIM Wajar Dihargai

KUALA LUMPUR, 18 September – Sebagai menghargai jasa Mantan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Nik Mustapha Nik Hassan yang telah berkhidmat selama 23 tahun di insititusi itu, IKIM semalam menganjurkan Majlis Jasamu Dikenang yang diadakan di Dewan Sajian IKIM, kuala Lumpur. Selain Pegawai Kanan dan kakitangan dari pelbagai jawatan, majlis tersebut diserikan dengan...

Perlantikan Semula YABhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi sebagai Pengerusi IKIM & Y. Bhg. Prof Datin Dr. Azizan Baharuddin sebagai Ketua Pengarah IKIM yang baharu

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Abdul Razak, bersetuju melantik semula Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebagai Pengerusi IKIM berkuatkuasa pada 1 September 2015 hingga 31 Ogos 2018. Dalam masa yang sama, Perdana Menteri turut melantik Prof. Datin Dr. Azizan binti Baharuddin sebagai Ketua Pengarah IKIM yang baharu  selama dua tahun berkuat kuasa...

Prof. Datin Dr. Azizan Akan Teruskan Kesinambungan Peranan IKIM Terhadap Umat Islam

Kuala Lumpur, 3 September: Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Prof. Datin Dr. Azizan binti Baharuddin, 60, akan meneruskan kesinambungan penganjuran wacana ilmu dan pelbagai aktiviti wacana ilmiah agar terus memberi manfaat kepada umat Islam dan bukan Islam di negara ini. Prof. Datin Dr. Azizan yang baharu menjawat jawatan tersebut pada 1 September...

IKIM Anjur Seminar Biodiversiti dan Konservasi

Kuala Lumpur, 28 April – Biodiversiti merupakan aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam merencana pembangunan mapan sesebuah negara. Namun demikian, realiti semasa menyaksikan kelangsungan sumber biodiversiti kian merosot dari hari ke hari. Justeru, aspek pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan sumber biodiversiti secara mapan dan lestari perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh semua pihak agar kelangsungannya...

Tun Abdullah Ahmad Badawi rasmi "Japan Halal Conference 2014" di Tokyo

Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) yang juga Mantan Perdana Menteri, YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi merasmikan “Japan Halal Seminar  2014” di Hotel Conrad, Tokyo, Jepun pada Selasa lalu. Tun Abdullah turut menyampaikan Ucaptama pada Seminar anjuran Brahims Holdings Berhad (BHB) itu. Dalam ucapannya, Tun Abdullah menekankan tentang kepentingan halal bukan hanya kepada orang Islam...

Scroll to top