MAIWP Sasar Kutipan Zakat RM650 Juta Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjangkakan kutipan zakat menerusi Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP pada tahun ini akan meningkat kepada RM650 juta berbanding RM640 juta pada tahun lalu. Ketika ditemui pemberita selepas bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, di  ibu negara Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Aziz Jusoh yakin sasaran itu dapat dicapai menerusi  pelbagai  program yang diadakan MAIWP bagi meningkatkan kesedaran umat Islam akan kewajipan berzakat....

Scroll to top