Majlis Perumahan Mampu Milik Beroperasi Ogos

PUTRAJAYA, 12 Jun – Semua agensi perumahan mampu milik akan diletakkan di bawah  Majlis Perumahan Mampu Milik selepas cadangan penubuhannya diluluskan bagi menyelaras pembangunan  perumahan terutamanya Projek Perumahan Rakyat (PPR). Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata kertas Kabinet berhubung cadangan penubuhan majlis itu sedang disediakan untuk dikemukakan kepada kerajaan awal bulan depan. Antara agensi perumahan mampu milik adalah Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PR1MA), Syarikat...

136,569 unit PR1MA dalam pembinaan

KUALA LUMPUR, 26 April – Perbadanan PR1MA Malaysia sudah meluluskan pembinaan sebanyak 265,033 unit kediaman Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) sehingga kini dan daripada jumlah itu, 136,569 unit masih dalam pembinaan. Perbadanan PR1MA Malaysia dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini 166,972 orang sudah memohon untuk membeli kediaman itu, daripada keseluruhan 1.41 juta yang mendaftar dengan...

Lebih banyak kediaman PR1MA diserah tahun ini

KUALA LUMPUR, 11 April – Selepas berhadapan fasa paling sukar sejak penubuhannya hingga menyebabkan kelewatan pembinaan dan penyerahan unit kediaman, Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) kini bertukar gear dalam memasuki fasa berikutnya. Ia sekarang bersedia untuk bergerak pada kadar lebih pantas dan orang ramai boleh menjangkakan lebih banyak kediaman disiapkan dan kunci diserah kepada pembeli...

Mahu bajet lebih besar untuk perumahan

PETALING JAYA, 5 Oktober – Kerajaan diharap dapat memberi peruntukan kewangan yang lebih besar terhadap pembinaan perumahan mampu milik menerusi Bajet 2016. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, pihaknya juga mahu satu pendekatan yang lebih khusus, selain bajet yang membolehkan rakyat akses mudah kepada rumah mampu milik. Sehubungan...

KSN dilantik Pengerusi PR1MA yang baharu

PUTRAJAYA 21 April – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) yang baharu. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan di sini berkata, pembangunan dan perjalanan PR1MA tidak asing bagi Ali kerana beliau merupakan seorang daripada anggota Perbadanan PR1MA sejak 2012 dan begitu arif mengenai perihal...

Hampir 120,000 unit rumah PR1MA dilulus

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Sebanyak 119,933 Projek Pembinaan Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) telah diluluskan pembinaannya di seluruh negara setakat ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Ini termasuk sebanyak 8,547 rumah PR1MA yang telah diluluskan untuk Sarawak, katanya menjawab soalan Wong Ling Biu (DAP-Sarikei) mengenai sama ada PR1MA akan dilaksanakan...

Scroll to top