Kerajaan Akan Percepat Pelantikan Menteri Kabinet

PUTRAJAYA, 16 Mei – Kerajaan akan mempercepatkan pelantikan 10 menteri Kabinet bagi membolehkan majlis angkat sumpah dan persidangan Dewan Rakyat diadakan secepat mungkin, Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad   fasa pertama penubuhan kerajaan melibatkan pelantikan 10 menteri Kabinet diharap dapat diumumkan pada minggu ini supaya tugas kerajaan boleh dijalankan termasuk mengadakan mesyuarat Kabinet. Pada sidang media...

Tun Dr Mahathir angkat sumpah PM ke-7

KUALA LUMPUR, 11 Mei – Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 9.56 malam ini. Dr Mahathir, 92, yang diiringi Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, mencatat sejarah apabila mengangkat sumpah sebagai...

Perdana Menteri tiba di Madinah

KUALA LUMPUR 10 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Madinah semalam bagi meneruskan lawatan lima hari ke Arab Saudi atas jemputan Penjaga Dua Kota Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud. Menurut catatan di laman Facebooknya, ketibaan beliau dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta rombongan telah disambut oleh...

Malaysia Akan Laksana Misi Kemanusiaan Untuk Rohingya – Pejabat PM

KUALA LUMPUR, 8 September – Malaysia akan melaksanakan ‘Misi Kemanusiaan untuk Rohingya’, misi bantuan bersepadu bagi membekalkan keperluan serta bantuan segera kepada pelarian yang berlindung di sempadan Bangladesh-Myanmar. Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata keputusan untuk menghantar misi kemanusiaan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Menurut kenyataan...

Khalid Dilantik Pengerusi Prasarana, Duta Khas

PUTRAJAYA, 5 September – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd yang baharu. Dalam satu kenyataan, Najib turut mengumumkan pelantikan Khalid sebagai Duta Khas bagi meningkatkan hubungan dan kerjasama negara dengan masyarakat antarabangsa dalam usaha memerangi keganasan, fahaman pelampau...

Jangan Politikkan RUU 355

KUALA LUMPUR 1 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak jangan mempolitikkan isu pindaan Rang Undang-Undang 355, berkaitan Akta Mahkamah Syariah, Bidang Kuasa Jenayah 1965. Beliau berkata, rang undang-undang tersebut adalah satu usul persendirian yang kemudiannya akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan. “Kerajaan indukan UMNO telah membuat satu ketetapan...

Najib Bentang Bajet 2017 Berteraskan Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan, dijadual membentangkan Bajet 2017 pada jam 4 petang di Dewan Rakyat, hari ini. Bajet yang sememangnya dinantikan ramai, berkemungkinan menumpukan usaha menangani kos sara hidup khususnya aspek perumahan, makanan dan pengangkutan yang sejajar prinsip kerajaan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.’...

Transformasi Pengangkutan Awam Diteruskan

KUALA LUMPUR 17 Okt – Kerajaan akan terus menangani keperluan pengangkutan awam secara holistik dan inklusif di bandar atau luar bandar. Perkara tersebut dinyatakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri menjelaskan, ini bagi memastikannya kekal relevan, seiring dengan keperluan rakyat dan setanding standard negara maju. Beliau berkata, transformasi sistem pengangkutan awam darat...

Scroll to top