MAIS Teruskan Penguatkuasaan Jenayah Syariah

SHAH ALAM, 8 Oktober – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang aduan melibatkan semua kesalahan jenayah syariah termasuk khalwat, melalui Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pengerusi MAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi turut menegaskan pelaksanaan undang-undang syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri serta diperuntukkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan...

Sultan Selangor Berkenan Cadangan Selaras Had Umur Minimum Perkahwinan

SHAH ALAM, 3 September – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan cadangan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam lelaki dan perempuan di negeri itu, daripada 16 kepada 18 tahun. Sultan Sharafuddin bertitah, baginda memandang serius kes-kes melibatkan perkahwinan kanak-kanak...

Selangor Cadang Pinda Had Umur Minimum Perkahwinan

SHAH ALAM, 1 Ogos – Selangor bercadang meminda Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 berkenaan had umur minimum perkahwinan bagi wanita Islam di negeri itu, iaitu daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun. Menurut Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Datuk Mohammed Khusrin Munawi cadangan pindaan itu susulan isu perkahwinan kanak-kanak yang semakin...

Perkahwinan Bawah Umur Di Selangor Perlu Dapat Kebenaran Hakim Syarie

SHAH ALAM, 10 Julai – Perkahwinan melibatkan bawah umur di Selangor hanya boleh dilaksanakan sekiranya mendapat kelulusan dan kebenaran bertulis daripada hakim syarie di negeri ini. Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata Selangor telah menetapkan umur minimum perkahwinan bagi lelaki adalah 18 tahun manakala perempuan 16 tahun. Beliau turut  berkata ibu, bapa...

Scroll to top