Universiti Waqaf : Malaysia Bakal Bekerjasama Dengan Turki Dan Mesir

KUALA LUMPUR, 12 Februari – Malaysia bakal mempunyai universiti wakaf pertama seumpamanya di negara ini. Sehubungan itu, bagi merealisasikan usaha berkenaan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata Malaysia akan bekerjasama rapat dengan pihak kedutaan Mesir dan Turki. Beliau menyatakan perkara itu pada siding media selepas mengahdiri  majlis makan malam...

Ejen Pungutan Zakat Setiap Negeri Dinasihat Ikut Sempadan Masing-Masing

PUTRAJAYA, 28 November – Ejen atau institusi pungutan zakat di setiap negeri dinasihatkan mengikuti peraturan dan undang-undang untuk tidak melangkaui kawasan sempadan pungutan zakat masing-masing. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) Ahmad Shukri Yusoff kuasa pungutan zakat adalah mengikut sempadan kawasan di setiap negeri di bawah kuasa sultan masing-masing yang seharusnya tidak dicerobohi bagi mengelakkan pertindihan dari segi hukum syarak dan perundangan. Beliau bercakap demikian kepada media selepas Majlis Perasmian Muzakarah Zakat Kebangsaan 2018...

PPZ Lancar Kempen Khas Bayar Zakat Dalam Talian

KUALA LUMPUR, 15 Ogos – Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan 4,500 pembayar zakat baharu dengan nilai kutipan sebanyak RM2.5 juta melalui Kempen Jom Berzakat@zakat.com.my pada tahun ini. Kempen Jom Berzakat@zakat.com.my berlangsung selama tiga bulan mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober merupakan salah satu kemudahan bayaran zakat dalam talian untuk menggalakkan lebih ramai umat Islam menunaikan kewajipan, pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat. Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata​​​​​ berbanding tahun lepas, PPZ-MAIWP tanpa sebarang kempen telah menerima RM1.7 juta bayaran zakat daripada 3,360...

MAIWP Sasar Kutipan Zakat RM650 Juta Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 9 Julai – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menjangkakan kutipan zakat menerusi Pusat Pungutan Zakat PPZ-MAIWP pada tahun ini akan meningkat kepada RM650 juta berbanding RM640 juta pada tahun lalu. Ketika ditemui pemberita selepas bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, di  ibu negara Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Aziz Jusoh yakin sasaran itu dapat dicapai menerusi  pelbagai  program yang diadakan MAIWP bagi meningkatkan kesedaran umat Islam akan kewajipan berzakat....

Waktu Operasi Kaunter PPZ-MAIWP Di Hari Terakhir Ramadan 1437H

KUALA LUMPUR, 28 Jun – Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bertanggungjawab dalam mengutip zakat di Wilayah Persekutuan, Putrajaya dan Labuan manakala agihan pula dilakukan oleh Baitulmal-MAIWP. Dalam membantu umum bagi menunaikan tanggungjawab berzakat, pelbagai saluran bayaran telah diadakan termasuklah 11 kaunter zakat PPZ-MAIWP yang dibuka setiap hari bagi bulan Ramadan ini termasuklah cuti umum dari...

Pondok Moden Al-'Abaqirah MAIWP Semarak Pengajian Islam

Kuala Lumpur, 25 November – Pondok Moden Al-A’baqirah, yang terletak di bangunan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Kampung Baru, dengan 44 orang pelajar, mendapat pujian daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Sekolah pondok tersebut yang telah beroperasi pada bulan Ogos lalu ditubuhkan oleh (MAIWP) menggunakan konsep pembelajaran pondok moden...

(PPZ- MAIWP) Antara Pusat Zakat Terawal Terima Pensijilan ISO

Kuala Lumpur – 8 April Pusat Pungutan Zakat –Majlis Agama Islam Willayah Persekutuan (PPZ- MAIWP) merupakan pusat zakat terawal yang menerima Pensijilan ISO yang diiktiraf dan didaftar oleh SIRIM QAS International Sendirian Berhad. Atas usaha  berterusan dalam  memastikan kutipan zakat di kaunter berada dalam keadaan baik serta membangunkan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat PPZ- MAIWP...

Scroll to top