Zon Larangan Dron Berhampiran Lapangan Terbang Di Britain Diperluas Sehingga 5 KM

LONDON, 20 Februari – Mulai bulan depan zon larangan terbang untuk dron berhampiran lapangan terbang di Britain akan diperluas sejauh lima kilometer. Langkah itu bagi mengelakkan sebarang gangguan seperti mana yang berlaku di lapangan terbang Heathrow dan Gatwick baru-baru ini. Kementerian Pengangkutan berkata dalam satu kenyataan, zon larangan sebelum ini adalah sejauh satu kilometer...

Serangan di Masjid Finsbury tanda Islamophobia di Eropah meningkat: OIC

KUALA LUMPUR, 22 Jun – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam serangan keganasan terhadap umat Islam berhampiran Masjid Finsbury Park, London Isnin lalu, yang dikhuatiri berpunca daripada peningkatan gejala Islamophobia di Eropah. Pertubuhan itu dalam satu kenyataan media berkata, serangan yang menyasarkan penganut mana-mana agama adalah serangan terhadap nilai kemanusiaan sejagat. Setiausaha Agungnya, Dr Yousef...

Kebakaran di Grenfell Tower, North Kensington, London

PUTRAJAYA, 15 Jun – Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa sehingga kini tiada warganegara Malaysia yang dikenal pasti terlibat dalam insiden kebakaran di Grenfell Tower, North Kensington, London pada awal pagi hari Rabu, 14 Jun 2017. Warganegara Malaysia yang berada di sekitar kawasan kejadian dan memerlukan bantuan konsular disarankan supaya berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di...

Lebih 20 ambulans dikerah lokasi kebakaran

LONDON, 14 Jun – Lebih 20 ambulans ditempatkan di Grenfell Tower, menara apartmen 24 tingkat di Latimer Road, barat London yang terbakar, bagi membantu mangsa cedera. Datuk Bandar London, Sadiq Khan, mengisytiharkan kebakaran itu sebagai keutamaan. Asap tebal kelihatan sebaik kebakaran berlaku, dipercayai bermula tengah malam tadi waktu tempatan. Media Britain melaporkan, ramai penghuni...

Penduduk London berkumpul tanda perpaduan

LONDON, 6 Jun – Orang ramai kebanyakannya umat Islam berkumpul di Tower Bridge semalam, bersimpati dengan mangsa serangan kedua di bandar raya itu dalam masa tiga bulan. Di bawah langit kelabu pada hari akhir musim bunga, penduduk mengangkat sepanduk bertulis ‘Love for all, hatred for none’ dan ‘Ireland Utara menyokong London’, ketika bendera Britain...

Serangan Pengganas di Jambatan London

PUTRAJAYA, 4 Jun – Kementerian Luar Negeri sedang memantau dengan rapi insiden serangan di Jambatan London yang berlaku pada hari Sabtu, 3 Jun 2017. Sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam insiden tersebut. Warganegara Malaysia yang menetap di sekitar kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga dan patuh dengan arahan pihak berkuasa tempatan. Suruhanjaya...

Scroll to top