Dua Pekerja Maut Setiap Hari Dalam Perjalanan Pergi-Balik Kerja

KUALA LUMPUR, 13 Februari – Kira-kira 890 kes kematian dicatat akibat kemalangan dalam perjalanan pergi-balik ke tempat kerja pada tahun lepas. Justeru, menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar, ia menunjukkan penurunan berbanding tahun 2017 yang mencatatkan 924 kes kematian sama. Bagaimanapun, jelas beliau kes kemalangan pergi dan balik ke tempat kerja pada tahun lepas meningkat iaitu...

1 Maut, 1 Hilang Dalam Insiden Pesawat Terjunam Di China Selatan

AIKOU,  5 Julai – Sebuah pesawat amfibia kecil sebuah syarikat pelancongan udara terjunam ke dalam sebuah kawasan tadahan air semasa sesi latihan di Wilayah Hainan yang terletak di China selatan, menyebabkan seorang juruterbang maut manakala seorang lagi hilang Demikian menurut  agensi berita Xinhua memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan pada Khamis. Nahas itu berlaku di Wanning...

Budak 5 tahun hilang jatuh tali air

BALING, 6 Oktober – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam tali air di Kampung Lanai di sini hari ini. Muhammad Aminuddin Mohamad Nazri, 5, yang dikatakan bermain di atas titi, terjatuh ke dalam tali air dan dibawa arus jam 4.45 petang. Sepasukan anggota bomba diketuai Komander Operasi, Shuid...

Fakhrul UNIC patah kaki

LEMBAH KLANG, 4 Ogos – Anggota kumpulan nasyid UNIC, Fakhrul Radhi, 31, patah kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan motosikal di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, Fakhrul yang menunggang sendirian hilang kawalan sebelum terlanggar pembahagi jalan dan terjatuh. Fakhrul berkata, ketika kejadian dia...

Serpihan dipercayai milik MH370 ditemui

VICTORIA, 14 Julai – Pihak berkuasa Seychelles melaporkan penemuan dua serpihan disyaki milik pesawat MH370 yang hilang pada 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal. Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Seychelles (SCAA) berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia. SCAA berkata, serpihan itu ditemui terdampar di Farqhar oleh saintis yang menjalankan penyelidikan mengenai...

PM, TPM ucap takziah kepada keluarga mangsa nahas di Thailand

KUALA LUMPUR, 21 Disember – Kerajaan akan memastikan segala usaha membawa pulang mayat serta bantuan diberikan kepada keluarga mangsa kemalangan bas di Chiang Mai, utara Thailand, semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau sedih mendengar berita kemalangan itu yang mengorbankan 13 rakyat Malaysia. “Saya sedih mendengar berita kemalangan di Chiang Mai di...

Kes kematian nahas jalan raya boleh jejaskan populasi

PUSA, 29 November – Jumlah kes kematian akibat kemalangan jalan raya yang dilaporkan meningkat hampir setiap tahun dikhuatiri boleh menjejaskan populasi penduduk negara jika tiada usaha segera dilaksanakan bagi menangani perkara itu. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, berkata keadaan itu juga boleh mewujudkan implikasi negatif terhadap pertumbuhan ekonomi...

AES berjaya kurangkan kemalangan maut – Liow

KUALA LUMPUR, 28 Mei : Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) berjaya mengurangkan kemalangan maut dan meningkatkan kadar pematuhan peraturan jalan raya, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Beliau berkata, berdasarkan analisis Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) terhadap perangkaan kemalangan jalan raya di 14 lokasi yang dipasang kamera AES, didapati kemalangan...

Kes kemalangan maut di DUKE 90 peratus siap

KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung kemalangan yang mengakibatkan tiga beranak maut di Lebuhraya DUKE di sini, Sabtu lalu sudah 90 peratus siap. Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff, berkata pihaknya telah menjalankan siasatan daripada pelbagai sudut dengan mengambil kira bagaimana perlanggaran berlaku dan mengenal pasti beberapa individu. Beliau juga berkata, pembabitan...

Scroll to top